Disebabkan Mempersoalkan Ekonomi Negara, Umno Serang Sheila Majid ‘Tak Guna Akal’

Viral Snapper - PETALING JAYA: Selepas Sheila Majid memuat naik rintihan mengenai ekonomi negara yang menyusahkan rakyat, seorang lagi nama besar dalam industri hiburan tempatan tampil memberikan sokongan kepada penyanyi itu.

Sharifah Amani yang membintangi filem popular seperti Sepet dan Gubra memuat naik pujian terhadap Sheila berhubung kiriman Twitternya semalam yang dilihat mengkritik kerajaan yang menggambarkan keadaan ekonomi pada landasan betul walaupun rakyat terpaksa menanggung kos kehidupan yang tinggi.

“Long live Queen @SheilaMajid,” tulis Sharifah sebagai membalas kiriman Sheila semalam, merujuknya dengan panggilan “Ratu” yang kerap dikaitkan dengan penyanyi itu.


Ia di sebalik pelbagai kecaman dikirim penyokong Umno dan Barisan Nasional terhadap Sheila Majid, yang semalam dalam ulasan 50-perkataan mengeluh kos hidup yang tinggi dan nilai ringgit yang lemah di Twitter.

“Makanan mahal, ringgit lemah, kos sara hidup tinggi & pekerjaan sukar didapati. Rakyat Malaysia semakin letih & marah kerana dihimpit hutang yang bukan kita cipta. Cukuplah beralasan & cari kesalahan. Tumpu pada tugas meletakkan negara kembali ke landasan! Mengecewakan!” kata selebriti itu yang tekenal dengan lagu “Sinaran” dan “Lagenda”.

Pandangan itu menerima pujian ramai, dan setakat pagi tadi, kiriman Twitter Sheila itu merupakan yang paling banyak dikongsi peminatnya dengan hampir 14,000 “retweets”.

Tetapi serangan demi serang mula dilakukan penyokong Umno di laman Twitter, mengutuk penyanyi itu dengan pelbagai sindiran.

Antaranya ialah Tun Faisal Ismail, yang mengetuai Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa), unit propaganda kerajaan yang kini diletakkan di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia.

Faisal memuat naik senarai negara maju yang menurutnya juga boleh dibandingkan dengan ekonomi Malaysia.

“Kalau ikut dia negara-negara ini off track dan lebih teruk daripada Malaysia,” kata exco Pemuda Umno itu.

“Bila tweet tu gunalah akal dan fakta,” katanya.

Faisal kemudian menyerang pengguna Twitter yang menyokong kenyataan Sheila.

“Patutnya kaki komen yang sepatutnya lebih bijak itu betulkan, bukan iyakan. Barulah makcik tu tak silap sepanjang hayat dan lebih berilmu,” tambah Faisal.

Ada juga muat naik oleh penyokong Umno turut menasihatkan Sheila untuk tidak campur tangan dalam urusan politik.

Malah, ada antara mereka yang mengaitkan kritikan Sheila itu dengan hasil pendapatannya melalui jualan tiket konsert.

“Sheila Majid pentingkan diri. Dia tidak tweet apabila laris dulu. Dia bising bila mula merudum.

“Kita tak pula dengar Nora Danish mengadu,” kata seorang pengguna Twitter yang menggunakan nama Mr. Chow.

Seorang lagi pengguna Twitter yang memenuhi kirimannya dengan pelbagai kandungan pro-kerajaan, tidak putus-putus memuat naik pelbagai statistik bagi menafikan aduan Sheila.

“Kita di landasan betul,” kata Syahir.

“Mengecewakan juga apabila kamu lupa yang kamu bertahan dalam industri muzik di era Mahathir,” kata seorang lagi pengguna Shima Samat, yang antara kiriman lainnya mendakwa “Umno Adalah Benteng Terakhir Umat Islam di Malaysia”.

“Kehidupan anda sekarang tak menunjukkan anda tersiksa. Betul tak?” katanya.

“Kalau kamu ingat pada 1998 dulu, artis pun susah cari makan sampai kena set up gerai makan ‘celebrity corner’,” kata seorang lagi.

Sheila merupakan penghibur kedua sejak seminggu ini yang memuat naik komen yang dilihat tidak sehaluan dengan dakwaan kerajaan mengenai keadaan ekonomi.

Sebelum ini, pelakon Fathia Latiff mempersoalkan tindakan menyiasat bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung kerugian urus niaga mata wang asing yang dialami Bank Negara Malaysia pada 1990-an.

Fathia turut mengundang kritikan penyokong kerajaan, walaupun dipuji kebanyakan pengguna media sosial.

Sumber: http://www.freemalaysiatoday.com
close
==[ Klik disini 1X ] [ Close ]==