7 Fakta Yang Ramai Bani Melayu Tak Tahu Mengenai Isu Jerusalem Ini


Viral Snapper - 1. “So sekarang Jerusalem/Baitulmqadis tu Israel punya kah?”


TIDAK. Bila Trump kata Jerusalem itu ibu negara Israel, bukan bermaksud secara automatik Jerusalem terus jadi hak milik Israel. Trump bukan hakim dunia. Dia hanya Presiden US.





Di dunia kita sekarang, hanya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (United Nations – UN) saja yang boleh beri kata putus bahawa wilayah ini milik siapa, wilayah itu milik siapa. US hanya salah satu daripada 5 kuasa besar dunia (selainnya ialah Rusia, China, UK dan Perancis) yang boleh membuat keputusan di UN melalui kuasa veto mereka di Majlis Keselamatan.


Sehingga sekarang, UN masih menganggap pendudukan Israel ke atas Jerusalem Timur tidak sah dan Israel perlu berundur ke sempadan asalnya sebelum tahun 1967. Kalau guna bahasa undang-undang antarabangsa, Israel hanya ada kawalan “DE FACTO” ke atas Jerusalem Timur. Pendudukan Israel ke atas Jerusalem Timur tidak diberi pengiktirafan “DE JURE” oleh komuniti antarabangsa.


2. “Ya Allah! Kiamat makin dekat! “





Baitulmaqdis tidak jatuh ke tangan Israel bermula semalam. Al-Aqsa (di Jerusalem Timur) telah pun jatuh ke tangan Israel 50 tahun yang lalu lagi, selepas kekalahan Jordan (penguasa asal Jerusalem Timur) dalam Perang Enam Hari 1967.


Tanda kiamat dah mula pun sejak 50 tahun yang lepas. Apa yang korang buat selama 50 tahun lepas lah wey.


3. “Ibu negara Israel kat mana sebenarnya?”





Sejak 1950, ibu negara Israel ialah Jerusalem Barat iaitu tempat terletaknya Parlimen, Mahkamah Agung dan Pejabat PM Israel. Selepas Israel menawan Jerusalem Timur pada 1967, Israel meluluskan Jerusalem Law pada tahun 1980 yang menyatakan “the complete and united Jerusalem is the capital of Israel”. Maksudnya Israel nak menyatukan Jerusalem Barat dan Jerusalem Timur sebagai ibu negaranya.


Perjanjian Oslo 1993 yang dipersetujui oleh Yitzhak Rabin (Israel) dan Yasser Arafat (Palestin) mengatakan status Jerusalem Timur harus ditentukan melalui perundingan bersama Israel-Palestin. Ini menyebabkan Rabin dibunuh oleh ekstremis Zionis kerana ia bakal menggadaikan pemilikan penuh Israel ke atas Jerusalem Timur. Perundingan damai Israel-Palestin asyik gagal disebabkan politikus right-wing di Israel seperti Netanyahu tidak mahu berkompromi dalam isu Jerusalem.


Jadi, NO, Israel tidak perlu memindahkan ibu negaranya susulan kenyataan Trump.


4. “Kenapa Trump nak mengiktiraf Jerusalem sebagai ibu negara Israel?”





Gimik politik. Mid-Term Election dah nak dekat. Trump pernah berjanji semasa kempen tahun 2016 bahawa dia akan mengiktiraf Jerusalem sebagai ibu negara Israel, satu strategi untuk mengambil hati Yahudi Zionis dan Kristian Evangelis (tak semua Yahudi pro Israel, jangan pukul rata). Sama seperti Obama yang pernah berucap semasa kempen tahun 2008 bahawa “Jerusalem will remain the capital of Israel, and it must remain undivided”.


Apa yang Trump buat adalah lebih kepada prosedur standard Presiden. Pada tahun 1995, Kongres US telah meluluskan Jerusalem Embassy Act yang mengiktiraf “undivided Jerusalem” (merangkumi Jerusalem Barat dan Jerusalem Timur) sebagai ibu negara Israel dan mengarahkan Department of State (Kementerian Luar) untuk memindahkan kedutaan US ke Jerusalem.


Tapi akta tersebut turut memberi peruntukan “waiver” di mana Presiden boleh menangguhkan perpindahan tersebut. Sejak 1995, Clinton, Bush dan Obama telah pun menandatangani waiver tersebut walaupun ada di kalangan mereka yang pro-Israel. Waiver itu perlu renew setiap 6 bulan. Kali terakhir Trump menandatangani waiver adalah pada 1 Jun 2017, jadi waiver itu dah expired pada Disember 2017 dan Trump mengambil kesempatan ini untuk membuat kenyataan.


Tak pasti Trump sudah atau belum menandatangani waiver tu. Kalau ikut sumber ini (LINK) dan ini (LINK), Trump sebenarnya dah menandatangani waiver. Jadi kali ini Trump sekadar sembang, sebab election dah dekat.


Pada 23 Disember 2016, Majlis Keselamatan UN 2015-2016 telah meluluskan Resolusi 2334 yang mengatakan pendudukan Israel ke atas Jerusalem Timur tidak sah. Resolusi tersebut dapat diluluskan kerana US tidak menggunakan kuasa vetonya. Obama saja nak kenakan Netanyahu sebelum habis tempoh jawatannya sebagai Presiden. Kalau sekarang Israel dan US nak mengusulkan sebarang resolusi untuk menjadikan Jerusalem sebagai ibu negara Israel pun, ia tetap akan diveto oleh Rusia dan China yang telah lama menyokong Palestin dalam hal ini.


Jadi kenyataan Trump kali ini tidak akan mengubah keputusan tersebut. Ia cuma dapat menyelamatkan sedikit air muka Netanyahu.


5. “So kalau tak ada apa-apa effect, buat apa nak bantah?”





Sebab US sebagai penimbangtara proses perdamaian Israel-Palestin, ia harus menghormati Perjanjian Oslo 1993 dan menjaga perasaan Palestin. Kenyataan Trump seolah-olah memberi sokongan moral kepada Israel dan membelakangi resolusi-resolusi UN yang jelas mengecam klaim Israel ke atas Jerusalem Timur.


6. “Malaysia tiada hubungan dengan Israel, boleh bantah meh?”


BOLEH. Sebagai ahli komuniti antarabangsa, suara dan pendirian Malaysia amat penting. Dan Malaysia selaku ahli tidak tetap Majlis Keselamatan UN 2015-2016 adalah antara 14 negara yang meluluskan Resolusi 2334. Malaysia terlibat dalam semua resolusi yang mengecam Israel, cuma korang selama ini tak ambil kisah je.


7. “PM kan baik dengan Trump, tak hipokrit ke buat kenyataan kecam Trump?”


Hipokrit kepala otak mung. Ada kerjasama dalam ekonomi dan counter-terrorism bukan bermaksud kita tak boleh bantah US dalam isu berkaitan Israel-Palestin. Malah semakin rapat hubungan ekonomi, semakin tinggi leverage kita untuk menekan US dalam isu ini. Kita boleh dan harus bantah tindakan Trump memberi pengiktirafan sepihak (unilateral recognition) kerana itu adalah tanggungjawab Malaysia selaku anggota komuniti antarabangsa, mempertahankan undang-undang antarabangsa.


Kadang kala kita perlu menguasai pengetahuan asas hubungan antarabangsa sebelum meninggalkan komen-komen yang tidak matang di merata media sosial. Trump tengok komen korang pun rasa WTF.

Kurangkan karut, satukan hati. Insya Allah, Palestine will be free.

Sumber : Ayman Rashdan Wong via http://www.ohmymedia.cc
close
==[ Klik disini 1X ] [ Close ]==