(VIDEO) "Doktor Pernah Cakap Saya Hanya Akan Hidup Setahun Saja Lagi," Elyana Dedah Hidap Kanser Tahap 4 Selepas Tersingkir GV4

Viral Snapper - Satu kejutan yang tidak disangka selama ini oleh peminatnya apabila penyanyi Elyana mendedahkan yang dia kini sedang bertarung nyawa selepas disahkan menghidap kanser limfoma atau kelenjar tahap empat ketika diumumkan tersingkir daripada musim keempat Gegar Vaganza keempat (GV4), malam tadi, lapor Berita Harian.

Menurut beliau, pada mulanya dia telah disahkan menghidap kenser berkenaan tahap dua selepas melahirkan anak pertamanya, Cinta Sumayyah, kira-kira tujuh tahun lalu.


"Saya tidak mahu menyembunyikan apa-apa daripada peminat, oleh itu secara spontan saya membuat pengumuman mengenai kanser yang saya hidapi.

"Sudah tujuh tahun saya berjuang dengan kanser Limfoma dan sekarang hanya mampu berdoa kepada Allah selepas puas berikhtiar.

"Ada satu ketikanya, saya menghilangkan diri kerana berubat, namun kos perubatan kimoterapi memakan sejumlah wang yang besar. Jadi saya memilih untuk menggunakan alternatif lain," katanya.

Beliau mendedahkan, selama ini dia mengalami fobia untuk tidur malam kerana takut tidak lagi dapat 'berjumpa' dengan anaknya keesokkan pagi.


Dia juga mendedahkan sering mengingatkan anak perempuannya itu mengenai kanser yang dihidapinya setiap hari.

"Saya fobia hendak tidur malam kerana takut tidak dapat melihat dan berjumpa dengan anak saya lagi. Itu saja ketakutan saya hampir setiap hari," kata Elyana.

Segala persoalan mengenai kenapa dia hilang dari dunia seni akhirnya terjawab kerana selama ini dia perlu menjalani rawatan dan berada dalam keadaan lemah.

"Saya tahu ada yang kata saya sombong tolak persembahan semua, sedangkan badan saya ketika itu sedang mengembang dan rambut gugur.

"Doktor beritahu saya ketika itu saya hanya ada setahun untuk hidup. Saya nekad berhenti kimo dan cabar diri saya untuk berjuang. Syukur umur saya panjang sampai hari ini," katanya sambil mengingatkan agar pesakit kanser lain yang senasib dengannya terus berjuang melawan penyakit itu.

Sementara itu, bagi anda yang mengikuti perkembangan konsert gegar vaganva 2017 khasnya untuk pengguna Digi, khusus untuk anda di mana anda dapat melakukan undian istimewa di mana satu undian anda bersamaan tiga kali undian kepada peserta gegar vaganva kegemaran anda berbanding undian bukan pengguna Digi.

Sudah lah peserta Gegar Vaganza dapat tiga undian bonus, para pengundi  yang mengunakan MyDigi juga akan memenangi hadiah – hadiah menarik setiap minggu.
close
==[ Klik disini 1X ] [ Close ]==