Viral Snapper - Sebelum ini, tersebarnya ura-ura mengatakan Nabila Razali sedang ‘berkawan’ rapat seakan bercinta dengan pelakon, Aedy Ashraf. Perkhabaran itu bermula apabila penyanyi itu memuat naik gambar mesranya bersama aktor kacak itu di laman Instagram miliknya. Apabila ditanya mengenai status perhubungan mereka, Nabila berkata mereka masih dalam fasa mengenali hati budi.
Persoalan mengenai status hubungan mereka kini menjadi isu hangat apabila Aedy, pada Sabtu telah berkongsi gambar dirinya bersama seorang gadis misteri menerusi kemas kini Instastorynya. Kelihatan seperti mereka begitu mesra sekali.
Mesra sungguh ni
Muat naiknya itu terus membawa kami ke laman Instagram Nabila. Seperti yang dijangkakan, kira-kira 2 jam selepas foto mesra itu dikongsi pelakon ‘Tentang Bulan’ itu, Nabila pula telah memuat naik posting video di Instagram miliknya. Dalam video itu, dia dilihat menangis gara-gara kecewa dengan seorang lelaki. Aedy ke? Apa pendapat korang?
2 jam selepas foto Aedy, Nabila kongsi video kecewa
Video itu telah mendapat lebih daripada 46,000 tontonan dan hampir 8,000 like termasuk Aedy sendiri. Eh?
Aedy ‘suka’?
Nampaknya, hubungan sebenar antara Nabila dan Aedy ini masih belum diketahui. Lagipun, setakat ini, Aedy masih belum menjelaskan apa-apa tentang perhubungannya bersama penyanyi berkenaan, jadi kita tak boleh cepat menilai dan buat tanggapan. Mungkin selepas ini, Aedy akan beri penjelasan?
(Sumber: Instagram Nabila Razali, Aedy Ashraf)