‘Anak Saya Lurus Bendul Tak Tahu Apa’- Anak Dakwa Dihalau Zul Ariffin, Ini Luahan Sayu Zarina Zainuddin

Viral Snapper - Kami kagum dengan ketabahan serta pengorbanan Zarina Zainuddin untuk menjaga anak-anaknya yang menghidap penyakit Autisme. Ia memerlukan kesabaran tinggi untuk memenuhi permintaan dan menghadapi emosi anak-anak. Jika dulu Azal pernah menimbulkan kemarahan seorang DJ kerana menghantar mesej berbaur kutukan kepada anaknya, terbaru Azal mendakwa dia telah dihalau oleh Zul Ariffin.

Ini luahan Zarina Zainuddin mengenai isu tersebut serta berkongsi cabaran hidup sebagai seorang artis dan juga seorang ibu. Be strong akak Zarina!


“Untuk diluar sana bawa bertenang..”

Majlis perkahwinan anak tiri saya kami berkumpul bersama sama meraikannya..
Takde masalah pun saya dah bermadu 24tahun isteri ke2 susah senang bersama sama.
Pengalaman hidup cukup berharga saya dapat rasakan kasih sayang bertali arus..memang ada ujian Allah bagi tapi ujian itu tanda Allah sayang ..rapatkan kembali sebuah keluarga besar.. Tadi saya post pasal kes lama kes dah bertahun berlalu saya pun dah minta maaf pada pihak sana..jangan keruh kan keadaan
Kita perlu ada rasa tanggungjawab atas apa yang kita post betulkan niat kita tujuan untuk meredakan suasana atau untuk melaga lagakan sesama sendiri ..kalau niat saya nak melaga lagakan dah lama saya post cerita tapi itu aib orang ..kalau kita buka aib orang disana nanti Allah buka aib kita.. Anak saya lurus bendul tak tahu apa apa hanyalah seorang peminat yang tetap meminati seseorang walau orang cakap apa sekalipun dia tetap minat.. Untuk diluar sana bawa bertenang ..benda kecik benda dah lama saya pun dah taknak ingat dah … Harap maaf jika terkasar bahasa

“Maafkan saya dan keluarga saya..”

Saya pun bukan artis popular hanya pelakun suam suam kuku yang melakunkan watak mak mak ni jer dan selalu nama kena reject dengan stesyen tv .. Kenyataannya zaman saya dah berlalu bagi peluang pada mereka yang popular dan berbakat besar dalam industri.. Harap maaf terlanjur bicara hidup kita ada pasang surutnya .. Jangan mudah stress dengan benda kecik ni buat serabut otak jer fikir masalah orang..masalah saya pun banyak … Saya tetap tenang hadapi
InsyaAllah semuga dipermudahkan dan Allah panjangkan rezeki saya dalam industri.. Saya masih minat berlakun cuma kena pilih pilih watak yang lain dari yang lain… Terima kasih sudi melayan kerenah anak2 saya terima dia seaddanya.. Maafkan saya.dan keluarga saya
Mereka cuma nak membela nasib anak saya.. Tapi saya rasa tak perlu panjang panjangkan cerita pun dah basi tutup buku.. Kita buka hari baru untuk lembaran yang baru
Life must go on
Come on ..move it.. Takdir Allah itu indah
Dah jom tido ..lama saya baca komen komen tadi takut hati jadi hitam..buat Zul Arifin maafkan anak akak yang tak tahu apa apa ..siapa bersalah akak tetap minta maaf.
Sumber: Intsagram Zarina Zainuddin
close
==[ Klik disini 1X ] [ Close ]==